citer 1
suami:kenapa sayang menangis?
isteri:saya telah baca sebuah buku.sad endinglah bang...
suami:buku apa?
isteri:buku bank abanglah...
citer 2
adelah sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
derma untuk rumah orang-orang tua.
seorang budak pun membuka pintu.
budak:derma apa bang...
lelaki:derma untuk rumah orang-orang tua.adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak:nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki:???
citer 3
tunang Farid,Siti,menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
farid:mengapa???
siti:saya dah bosan ngan awak.saya dah ada teman baru.sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
farid:ok.tapi saya x ingatlah yang mana satu gambar awak.nanti awak
pilihlah sendiri.yang selebihnya kembalikan kepada saya.
siti:erkkkkk...benci....
citer 4
5 org menaiki motor dan ditahan poliis trafik.namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti.katanya,'tak muat dah tok,kami dah berlima!!!'
citer 5
seorang tok batin baru membeli motorsikal HONDA dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang,lalu
ditumpangkan kawannya itu.dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
kawan tok batin:kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja?
tok batin:kalau rosak gear 1 ada 2 lagi gear.
kawan tok batin:???
citer 6
seorang posmen yang datang menghantar surat.
"assalamualaikum"
"waalaikumussalam"
"ni rumah encik sameon ye?"
"ya saya"
"pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
"buat susah aje encik nie!kenapa x pos je???"
citer 7
orang asli dan polis
orang asli:selamat pagi tuan.
polis:selamat pagi.apa hal?
orang asli:saya nak buat repot tuan.
polis:pasal apa 2?
orang asli:kawan saya di baham harimau.
polis:pukul berapa?
orang asli:dia x pukul,terkam.
polis:habis?
orang asli:x habis,tinggal kepala.
citer 8
seorang lelaki pergi ke klinik mata.setelah matanya diperiksa,dia
bertanya:"doktor,lepas pakai cermin mata nanti,boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "dah tentu,"jawab doktor."oh,gembiranya.
dah lama saya buta huruf,akhirnya boleh juga saya membaca,"kata lelaki
itu dengan riang.
citer 9
sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
shah terpandang amin sedang menangis teresak-esak.dia segera mendekati
shah:amin kenapa menangis?
amin:saya datang untuk ujian darah.
shah:awak takut ke?
amin:bukan itu sebabnya,semasa ujian darah dijalankan,mereka
telah terpotong jari saya.
(mendengarkan penjelasan amin,shah menangis)
amin:eh,kenapa pula awak menangis?
shah:saya datang untuk ujian air kencing...
citer 10
seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
cucunya bertanya apabila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"atok buat apa tu?"
"atok bagi surat kat kawan atok,cu."jawab atok.
cucunya bertanya lagi,"apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"
citer 11
seorang pengawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
selepas memeriksa mayat-mayat itu,dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
polis:mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
penjaga:lelaki pertama sedang bersanding,tiba2 diserang strok.
lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
polis:hah!kenapa disambar petir pun tersenyum?
penjaga:masa tu dia ingat orang sedang ambil gambar dia...
citer 12
Amir baru lepas ambil gambar di kedai berhampiran rumahnya.sekarang,
amir cuma perlu menaiki bas untuk ke pejabat imegresen supaya dia
dapat membuat pasport baru.setelah hampir sjam menunggu di perhentian bas,
bas pun tiba.amir naik,tapi disebabkan bas penuh sesak,amir mengambil keputusan
untuk berdiri sambil memegang gambar yang baru diambilnya sebentar tadi.
tiba2 seekor kucing melintas.bas pun apa lagi,breeekkk...berhenti mengejut.
semua penumpang terhuyung-hayang.amir pula terlepas gambarnya lalu
jatuh ke bawah tempat duduk penumpang."alamak...macam mana ni???
kata amir...
amir pula tunduk,dia mencari-cari gambarnya tadi dengan bersungguh-sungguh
sekali.akhirnya,amir nampak gambar itu berada di bawah tempat duduk
seorang penumpang.amir pun pergi ke arah penumpang tersebut yang
merupakan seorang mak cik yang berumur 50-an itu dan berkata,"kak,boleh
t
olong angkat kain kak???saya nak ambil gambar...???
citer 13
siti:bagaimana dengan kerja awak di kedai bunga itu???
nurul:saya telah dipecat...
siti:kenapa???
nurul:semasa menguruskan penghantaran bunga ke 2 buah tempat berbeza
iaitu di majlis perkahwinan dan majlis pengebumian,saya telah buat kesilapan.
siti:apa yg awak lakukan?
nurul:bunga yang sepatutnya dihantar ke majlis pengebumian telah saya
hantar ke majlis perkahwinan dgn ucapan "takziah".manakala bunga berserta kad utk
majlis perkahwinan pula saya hantar ke majlis pengebumian.
siti:apa yg tertulis di kad ucapan itu???
nurul:"tahniah!semoga berbahagia di kediaman baru anda."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .
sila tngglkan comment kowang at snie .
satu pown jdiw ler .